Sunday, July 26, 2015

Duit Sa-Puloh Watermark Agong

Mengikut sejarah, duit ini dikeluarkan dari alam Bunian. Walau bagaimanapun, satu kesilapan telah berlaku kerana duit ini watermarknya adalah Agong sedangkan duit alam nyata watermark Harimau. Dengan itu, alam bunian hendak mengambil kembali duit tersebut. Sebab itulah sesiapa yang memiliki duit sa-puloh, mereka boleh menukarkan dengan nilaian yang amat tinggi hinggakan ratusan juta ringgit.

Syarat utama untuk duit ini ialah, watermark (bayang) Agong. Tapi, cuba letakkan duit itu di atas kertas putih, jika bayang tu keliohatan juga, beerti duit itu palsu. Duit yang asli, bila diletak atas kertas putih, takkan ternampak watermark (bayang) Agong. Tapi, bila diangkat, baru kelihatan bayang tersebut. Satu lagi, bayang tu tidak boleh melebihi tulisan nombor siri. Itulah duit sa-puloh yang asli. Selain daripada itu, duit itu mesti ada sain nama Ismail Md Ali.