Tuesday, May 12, 2015

KEBAL UMUM

Apa itu kebal umum? Kebal umum bermaksud kebal yang asli dan alami serta kebal yang bukannya dimasukkan melalui zikir mahupun doa serta mentera. Khodam yang mendiami batu kebal umum ini adalah khodam bertaraf antarabangsa. Walaupun barang itu diuji dan dicuba berkali-kali, kekebalan tetap ada dan tidak akan berkurangan walau sedikitpun. Tidak akan ada apa-apa pantang larang sekalipun. Boleh kebal walau sampai ke luar negara manapun. Kebal inilah yang boleh memberikan manafaat kepada anda untuk proses memohon dari alam ghaib. Kebal yang kita tidak mahu ialah kebal kampung, kebal daerah dan kebal negeri. Dengan kata lain, bila diuji luar kawasan, barang itu sudah tidak kebal lagi.

Ada barang kebal tidak sesuai untuk proses memohon. Dengan kata lain, kekebalan hanya untuk keselamatan diri dan tidak dapat digunakan untuk proses menarik. Ada juga kebal hanya untuk individu. Kebal ini juga tidak boleh digunakan untuk proses menarik. Sebab itu jangan terkejut apabila barangan kebal ini di bawa kepada guru, kekebalannya akan hilang. Berbanding dengan barang kebal umum, walaupun di depan guru sekalipun, ia tetap akan kebal.



Rantai babi ini di katakan kebal umum.

Cemara babi  kebal umum

Delima merah kebal umum

Batu hitam kebal umum

Batu cincin yang kebal umum
Kulit Kerbau Landau kebal umum

Geliga lipan yang  kebal umum

                                      
Batu Serai juga ada yang kebal umum
Batu Cincin kebal

Monday, May 11, 2015

Empat cara untuk berurusan.

Terdapat empat cara untuk berurusan melibatkan kerezekian ini. Cara tersebut adalah:

a) Menjual terus.
Sekiranya anda memiliki barang seperti kebal umum (potong rambut tak putus), keris bergerak, batu delima kebal umum atau merah air, buluh bertemu ruas, barangan anti tembak, barangan anti basi, barangan anti racun, batu geliga lipan yang pandang tembus dan pedang samurai bertali pinggang. Anda boleh jual secara terus kepada buyer (pembeli) yang berminat. Harga barangan itu bergantung kepada keindahan barang. Sebagai contohnya, delima merah yang kebal umum dan merah air, tentu harganya boleh mencecah jutaan ringgit. Ramai buyer yang sedia untuk membeli barang mistik tersebut. Sudah tentu anda memerlukan orang yang boleh menemukan anda dengan buyer. Mereka ini dipanggil orang tengah atau dipanggil Broker. Biasanya broker ini bertindak sebagai orang yang banyak memainkan peranan untuk menemukan antara owner dengan buyer. Proses untuk testing barangan adalah tiga. Pertama, test depan broker terlebih dahulu. Apabila lulus, broker akan memberitahu buyer. Selepas itu, buyer akan mengarahkan tester untuk testing barang. Selepas lulus, dalam beberapa hari, buyer sendiri akan menemui owner bersama dengan broker dan kali yang terakhir testing depan buyer. Akhirnya buyer akan membayar kepada owner. Ingat.......owner jangan terlalu banyak syarat. Akibatnya barang takakan dapat dijual.
b) Proses memohon
Melalui proses memohon, owner barang perlu membawa barang mistik yang ada keindahan seperti barang kebal umum (potong rambut tidak putus), kebal kulit, batu geliga lipan yang pandang tembus atau kebal, keris bergerak dan lain-lain permintaan dari alam ghaib mengikut bulan Islam. Sebelum membawa barang mistik tersebut, owner mesti berkomunikasi dengan khodam barang tersebut dengan bertanyakan sama ada khodam itu sudi berkerjasama untuk menzahirkan wang ringgit Malaysia yang sah diperakukan. Jika khodam sudi untuk bekerjasama, barangan kebal akan sentiasa kebal dan berkeindahan. Sebaliknya, jika tidak mahu bekerjasama, barang yang kebal akan hilang kebalnya. Jadi, carilah guru yang boleh bekerjasama dengan khodam barang tersebut. Biasanya, guru yang berkelayakan, tidak memerlukan masa yang panjang untuk menjalankan proses tersebut. 

c) Proses pertukaran
Ada juga proses melibatkan pertukaran. Contohnya, jika alam ghaib berkehendakkan barang kebal umum untuk pertukaran, maka, barang yang dibawa itu akan diambil oleh mereka dan sebagai ganjarannya, anda akan dibayar. Namun begitu, barang mistik itu akan hilang. Bayaran untuk proses pertukaran biasanya melebihi daripada proses memohon. Ini kerana, alam ghaib akan ambil barang kita dan mereka akan jadfikan barang itu sebagai kepunyaan mereka. Ada yang berjaya sampai mencecah puluhan juta ringgit. Ini bergantung kepada permintaan daripada alam ghaib. 

d) Proses persembahan
Anda membawa barang yang boleh menunjukkan keindahan contohnya, kebal umum. Seterusnya, membuat persembahan atau pertunjukan kepada alam ghaib. Seterusnya, sebagai imbalan, anda akan diberikan bayaran. Persembahan hendaklah barang yang diminta dari alam sana contohnya, kebal umum, geliga lipan pandang tembus, keris bergerak, mani gajah dan lainj-lain lagi. 

Sunday, May 10, 2015

SALAM PERKENALAN

Assalamualaikum....
Wahai semua saudaraku yang berada di mana-mana sahaja. Saya menjemput anda untuk sama-sama mencari dan menikmati kerezekian dari alam ghaib. Sudah tentu ramai yang bertanya kepada saya apa itu kerezekian alam ghaib? Jawabnya, selain alam kita, terdapat alam dari dunia ghaib yang sememangnya boloeh kita usahakan untuk mendapatkan rezeki. Sudah ramai yang berjaya dalam bidang ini. Namun begitu, ianya bukanlah semudah seperti yang disangkakan. Ia memerlukan ilmu yang luas disamping dengan keyakinan, keteguhan hati dan kesabaran. Saya amat berbesar hati untuk memimpin dan mengajak anda bersama-sama dengan saya dalam pencarian rezeki dari alam ghaib.


SESIAPA YANG BERMINAT UNTUK MENCARI GURU SILALAH HUBUNGI SAYA DENGAN MENELEFON ATAU WASS UP   0145457382