Sunday, June 28, 2015

BATU DELIMA MERAH AIR, KEBAL UMUM.

Assalamualaikum, bertemu kita dalam perbincangan pada pagi ni tentang batu delima. Batu Delima merah asli memiliki serat batu. Batunya kecil hanya sebesar biji delima. Namun begitu batu ini agak berat. Bila disentuh, batu ini terasa amat dingin. Batu delima termasuk batu legenda dan sudah dikenal sejak lama sebagai batu dengan kesaktian yang luar biasa, keberadaan batu itupun masih menjadi misteri atau mungkin hanya mitos. Kalau pun batu itu memang benar-benar ada biasanya pemilik tidak akan menceritakan pada orang lain. Ramai yang mahu memiliki batu delima merah ni tapi tak semuanya mendapat rezeki dan peluang untuk memilikinya. 

Batu Delima biasanya ada dua keindahan iaitu  kebal umum atau merah air. Ada juga batu delima yang hanya ada satu keindahan sama ada kebal umum atau merah air. Kebal umum, adalah kebal sampai potong rambutpun tidak akan putus. Manakala merah air pula, bila batu delima itu dimasukkan ke dalam air, air akan menjadi merah. 

Batu Delima Asli mesti sebesar biji delima.

Batu Delima kecil saiznya.

Saiz Batu Delima seperti biji delima

Ini satu lagi contoh Delima asli

Batu Delima yang Asli
Cara-cara untuk mengenali Batu Delima itu asli ataupun tidak adalah dengan menguji batu tersebut. Maklumlah pada zaman sekarang, banyak penipuan yang terjadi. Ukuran Batu Delima asli adalah lebih kecil dan sebesar buah delima. Warnanya lebih merah, tidak mengelembung dan kristal. Seterusnya, letakkan Batu Delima dalam air dan lihat perubahan warna air itu. Jika air itu berubah merah dan bila batu itu diangkat, air itu serta merta berubah jadi jernih seperti sedia kala perlahan-lahan maka, itulah Batu Delima asli. Batu Delima palsu sudah dimasukkan pewarna merah dan jika diangkat, warna air tidak berubah. Letakkan Batu Merah Delima dalam segelas air. Rendamkanlah dalam segelas air. Kalau bias menembus 7 (tujuh) gelas hingga 21 gelas dan tidak hilang dalam waktu 1 (satu) bulan. Berarti batu tersebut adalah asli.Batu Merah Delima boleh merubah air putih atau air bening menjadi warna merah. Caranya sangat mudah, dengan mencemplungkan batu Delima Merah ke dalam gelas yang terdapat airnya. Tunggulah sampai air yang dicelupkan berganti warna menjadi merah. Ulangi terus hingga ke gelas 40. Jika sampai ke gelas 30 air tetap berubah merah maka batu tersebut adalah batu Merah Delima asli.
Batu Delima Sebesar Biji Buah Delima.


Batu Delima yang boleh membuat air jadi merah.

Tuesday, June 23, 2015

Buyung Tembaga, Duit Yasin Sembilan Kaabah, Teko Aladin.

Ada barang yang boleh anda cari tanpa memerlukan keindahan atau berkhodam sebagaimana barang yang lain. Buyung Tembaga merupakan barang yang boleh didapati. Buyung itu mesti berleher lurus , pada mulutnya seperti botol. Leher dan mulut sama. Berbentuk bulat dan mesti tidak cacat atau lekuk. Pernah tak anda menonoton filem P Ramlee iaitu Sumpah Orang Minyak? Raja Bunian berjaya menangkap Orang Minyak dalam apa? Ya...dalam buyung tembaga.
Maka, carilah Buyung Tembaga ini untuk guru membuat persembahan. Buyung mesti kelihatan seperti dalam filem Sumpah Orang Minyak. Setelah membuat persembahan, hasilnya amat lumayan dan tinggi sampai ke anak cucu pun anda akan senang.

Selain daripada itu, anda juga boleh mencari duit Yasin 9 Kaabah. Duit ini mesti sebesar duit 50 sen dan berwarna Perak. Sebelah depan tulisan Yasin 9 manakala sebelah belakang gambar Kaabah dan ada 7 bintang di atas langit.

                  Duit Yasin 9, Kaabah dan 9 bintang. Berwarna perak sebesar 50 sen.

     Berikut, anda juga boleh menjalankan proses kerezekian alam ghaib dengan menggunakan Teko Aladin. Teko Aladin hendaklah daripada tembaga dan tidak mahu ada apa apa unsur besipun. Teko Aladin juga tidak boleh bercorak.


Rantai Babi dan Cemara Babi

Sebut namapun dah tahu bahawa rantai babi mahupun cemara babi itu adalah barang yang dari segi syariat adalah tidak boleh disentuh dan perlu disamak. Tidak semua guru yang mahu memproses barang ini. Ada guru yang tidak kira apa jenis barang itu, adakah khodam beragama Islam atau tidak dan barang itu boleh diproses. Manakala ada guru yang meletakkan syarat bahawa hanya barang yang suci yang boleh diproses.

Rantai babi mahupun cemara babi memang ada banyak permintaan jika anda hendak menjual barang tersebut. Pokoknya, barang itu mesti kebal umum atau sekurang-kurangnya kebal kulit. Kebal umum maksudnya, kebal sampai potong rambut tidak akan putus, manakala kebal kulit hanya kebal pada kulit dan jika dipotong rambut akan putus. Ini bergantung kepada kekuatan barang tersebut. Kalau kebal umum, harganya tentu lebih mahal daripada kebal kulit. Jika hendak proses, barangan kebal umum juga akan memberikan hasil yang melebihi kebal kulit.

Rantai babi memang kebal. Ada orang menggunakan rantai babi ini untuk menguasai orang lain agar tidak ditentang dan dikhianti orang lain. Segala percakapan pemilik rantai babi akan didengari orang lain. Bashkan boleh menundukkan orang atasan. Rendaman air rantai babi sahaja akan memberikan kekebalan selama 40 hari jika sesiapa terkena air itu. Rantai babi ini boleh memberikan kekebalan kepada pemiliknya sampai potong rambut tidak putus, ditembak tak lut dan boleh masuk ke alam ghaib untuk mengambil dana. Ini kerana rantai babi ini dijaga oleh makhluk halus.

Kelemahan bagi pemilik rantai babi ialah kulit akan tersa sangat gatal dan tidak boleh melintasi lautan. Jika melintasi lautan, kekebalannya akan hilang. Jadi, lebih baiklah anda gunakan untuk proses ataupun jual. Harganyapun jutaan ringgit. Kalau digunakan untuk pakaian, adalah sangat tidak sesuai untuk yang beragama Islam. Takut nanti terlalu taksub hinggakan akidah tergugat.


Tuesday, June 16, 2015

CEK BUNIAN.

Wujudkah cek Bunian? Persoalan ini yang sentiasa bermain dibenak pemikiran saya. Sepanjang pengalaman saya dalam dunia mistik ini, saya pernah terjumpa pelbagai versi cek bunian. Persoalannya, adakah wujud cek Bunian? Jawabnya, ya memang wujud. Biasanya, seseorang itu perlu melalui proses ritual tertentu untuk berurusan memiliki cek Bunian ini. Maka, untuk menuaikan cek itu, beberapa persyaratan yang perlu diambil perhatian iaitu:
1) Nama owner (pemilik ) cek bunian
2) Nama guru yang tarik cek dari alam bunian
3) Nama khadam yang menghantar cek itu
4) Atas sebab apa cek itu dikeluarkan oleh untuk owner
5) Siapa yang memberikan kelulusan untuk khadam hantar cek.
6) Dimanakah cek itu dikeluarkan
7) Tarikh cek itu dikeluarkan
8) Tarikh tamat tempoh (mungkin tiada tamat tempoh)
9) Apakah kebesaran diri owner contohnya, nama owner di alam sebelah
10) Ada pertalian tak owner dengan orang alam sebelah (alam ghaib).

Nilaian cek tersebut tidak terkira. Ada yang Rm ratusan ribu, Puluhan Juta, malahan ratusan  juta. Guru yang berkebolehan untuk menunaikan cek tersebut ada pelbagai cara. Ada yang perlu ke Gunung Jerai atau Gunung Ledang, ada yang mesti berzikir beramai-ramai, ada yang tak perlu ke mana-mana serta guru yang akan panggil pegawai bank alam Bunian dan pelbagai lagi cara yang tertentu untuk menunaikan cek tersebut. Ada pelbagai bentuk dan versi cek bunian. Namun begitu, jika ada terjumpa, terdengar atau memiliki cek bunian, 10 persyaratan yang saya berikan perlu diberikan perhatian yang sewajarnya.







Pelbagai versi cek bunian. Ada yang ada tulisan dan ada yang kosong. Namun begitu, cek itu boleh ditunaikan asalkan ada guru yang berkebolehan dan asli.



Sunday, June 7, 2015

Ayam Tembaga.

Ramai yang tidak tahu bahawa ayam tembaga juga boleh diproses atau dibuat persembahan. Ayam tembaga tersebut hendaklah seolah-olah seperti ayam yang hidup dan disumpah menjadi tembaga. Ayam tembaga mesti tidak cacat dan berlubang. Biasanya ayam ini akan dibuat persembahan untuk alam ghaib. Orang bunian akan datang menonton persembahan ayam tersebut. Mereka akan memberikan ganjaran berupa wang yang ada mencecah jutaan ringgit. Guru yang berkebolehan akan menjalankan upacara persembahan ayam tembaga. Jangan terkejut jika tiba-tiba ayam itu akan berkokok dan bergerak-gerak. Ada guru meminta ayam beratnya 1 kilo, 2 kilo atau melebihi 3 kilo.


Ayam tembaga tidak boleh berlubang serta tidak boleh cacat untuk persembahan. Periksa dengan teliti kaki, punggung dan bulunya.



Pada punggung ayam juga tidak boleh ada lubang. Ini kerana, alam ghaib tidak suka ayam yang berlubang dan cacat. Telitilah dengan halus agar persembahan atau permohonan alam ghaib dapat dilaksanakan dengan jayanya.

                                        Ini ayam tembaga yang cacat dan tidak boleh diproses.